Rabu, 1 Mei 2013


TEKS MAJLIS CERAMAH SARANA IBU BAPA

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SMARD TAHUN 2013

KATA ALU-ALUAN
Kasih bertaut jiwa berpantun
Monolog hati bicara dinda
Terima kasih Cikgu Jaitun,
Atas bicara pembuka minda
 
Bismillahirrahmanirrahim…
Asalamualaikum wmtbkh dan salam perpaduan 1 Malaysia.
PANTUN PEMBUKA
·        Yang Dihormati En. Fadzil Bin Hj. Mohd. Jamil, Ketua Unit Teknik dan Vokasional , Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud yang merupakan  Penceramah jemputan kita dalam Program Sarana Ibu bapa pada pagi ini.
·        Yang Berusaha Pn. Hajah Latifah Binti Hj. Mustakim, Pengetua SMK Arshad Kota Belud.
·        En. Pauze Bin Abd. Majid, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,
·        En. Ashmir Bin Abd. Raus , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
·        En. Mohd. Iskandarzukernain Bin Mohd. Yahya, Pen. Kanan kokurikulum
·        Cik Haini Binti Mustal, Penolong Kanan Ting Enam.
·        En Paul Gindong (Pen. Kanan Pend. Khas)
·        Guru-guru Ketua Bidang
·        Barisan Guru Cemerlang, Guru-Guru dan  para ibu bapa  yang dihormati sekalian.
Perkenalkan program
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Hadrat Illahi, atas limpah kurnianya, kita dapat hadir dan berhimpun bersama-sama di sini bagi  melaksanakan Majlis kita iaitu Mesyuarat Agung PIBG  SMK Arshad kali ke-15.
 
Tuan2 dan Puan2 sekalian,
Kita amat bertuah juga pada hari ini kerana, buat julung2 kalinya pihak SMK Arshad telah menyelitkan PROGRAM SARANA IBU BAPA  dalam Majlis Mesyuarat  Agung PIBG pada kali ini.
 
Sebagai pengetahuan Tuan2 dan Puan2,
 PROGRAM SARANA IBU BAPA  ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu pihak ibu bapa  dalam meningkatkan prestasi akademik anak masing-masing.
 
Perkenalkan penceramah
Tuan2 dan Puan2 sekalian,
 
Pahlawan perkasa kebanggaan Negara
Bersama pertahan Negara didaulatkan
Program ceramah elok dimula
Maka afdal saya perkenalkan
 
Sebelum kita mendengar bicara inti pati penceramah kita,  elok kiranya kita berkenalan dengan lebih mendalam tentang tuan penceramah kita kerana “ Tak Kenal maka Tak Cinta”.
 
Tuan2 dan Puan2,
 
Penceramah kita pada pagi ini ialah :
En. Fadzil Bin Haji  Mohd. Jamil,
yang dilahirkan pada 8 September 1968,
beliau dari suku kaum  Bajau berasal dari  Kampung Pirasan, Kota Belud dan beliau mempunyai 5 orang cahaya mata. Alhamdulillah.
 
Kini, En. Fadzil menjawat jawatan sebagai ketua Unit Teknik dan Vokasional di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud.
 
Saya dimaklumkan,
Beliau merupakan lepasan 3 Institusi Pengajian Tinggi  iaitu bermula ;
 
Dengan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Kent, Tuaran dalam pengkhususan Pengajian Melayu Sekolah Rendah pada tahun 1991,
 
Pada tahun 2001 pula, beliau merupakan graduan Bachelor Pendidikan, lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.
 
Dan Beliau juga telah Berjaya merangkul kelulusan Sarjana Psikologi dalam pengkhususan  Psikologi Kaunseling di Universiti Malaysia  Sabah (UMS) pada tahun 2008.
 
Hadirin dan hadirat sekalian,
Fakta yang perlu kita ketahui tentang pengalaman kerjaya En. Fadzil ialah sebelum ini beliau,
Pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih,
Guru akademik,
Kaunselor pelajar,
Pegawai Khas Bimbingan dan Kaunseling,
Kaunseling Pentadbir,
 
Ahli Biasa Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA),
Ahli Biasa Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA),
Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia,
Mantan Setiausaha Agung Kesatuan Guru2 Kerajaan  Sabah (KGKS) tahun 2008-2011,
Naib Presiden 1 Kesatuan Guru2 Kerajaan Sabah (KGKS) tahun 2011,
Pengerusi Persatuan Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan  Siswazah Kota Belud,
Motivator dan Kaunselor Pengurusan Organisasi, Keibubapaan dan Pelajar sejak tahun 2001 sehingga kini.
 
Meneliti pengalaman tuan penceramah kita pagi ini, maka amat bersesuaianlah Ceramah Sarana Ibu Bapa ini disampaikan oleh beliau.
 
Maka itu,
 
Duduk sekawan Gadis Jelita,
Sambil berbual mesra beramah,
Tampillah Tuan kami meminta,
Madah bicara inti ceramah,
 
Dipersilakan...
 
Penceramah tamat bercermah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penutupan Majlis
Para hadirin sekalian,
 
Semoga intipati2 yang disampaikan dalam ceramah pada pagi ini, kita jadikan panduan dalam mendidik anak-anak kita agar,  menjadi insan lebih cemerlang dan gemilang dalam apa-apa jua lapangan, seterusnya penyumbang kepada modal insan yang berdinamik dalam  transformasi global.
 
Tuan2 dan Puan2 sekalian,
 
Sebagai penghargaan pihak  SMK Arshad atas kelapangan dan kesudian Tuan Penceramah, menyampaikan ceramah yang sangat bernilai dan berharga kepada kita semua, dijemput _______________________________________________________
Untuk menyampaikan cenderahati  kepada tuan penceramah kita, En.  Fadzil Bin Hj. Mohd. Jamil.
 
Majlis mempersilakan.
 
Terima kasih __________________________________.
Kerana menyempurnakan penyampaian cenderahati sebentar tadi.
 
Sebelum saya kembalikan majlis kita kepada Cikgu Jaitun,
Suka saya mengungkap 2 rangkap pantun sebagai penghargaan kami warga dewan di SMARD ini kepada Tuan penceramah...
 
 
Letih berjalan di tengah Pekan,
Singgah sebentar di Gerai Baba,
Terima kasih kami ucapkan
Atas ceramah Sarana Ibu Bapa.
 
Mat Salleh Pahlawan Negeri,
Negeri Sabah Itulah dipertahan
Bicara Tuan amat bernilai,
Moga Tuhan berkati Tuan.
 
Sekian terima kasih.
 
Dengan itu, saya kembalikan Majlis setersnya  kepada Cikgu Jaitun.
 
Dipersilakan.
 

 

TEKS MAJLIS PROGRAM HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2013


Ketibaan Ahli Jawatan Kuasa
 
Ketibaan ibu bapa/penjaga
 
Ketibaan ahli panel
 
Ketibaan Pengetua
Diumumkan ketibaan  Yang Berusaha PN. HAJAH LATIFAH BINTI HAJI MUSAKIM Pengetua SMK Arshad, Kota Belud.
Pembuka bicara
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia kepada semua hadirin yang hadir pada pagi ini.
 
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
 
Untuk memulakan Majlis,  guru-guru, dan para pelajar sekalian dikehendaki  bersedia, kerana kita akan menyanyikan dua buah lagu iaitu Lagu NegaraKu dan lagu Sabah Tanah Airku.
 
Semua hadirin dijemput berdiri.
 
Semua hadirin dijemput duduk.
1.    Bacaan doa
 
 
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan  _________________  untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
                                   
[Bacaan doa berlangsung]
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar  tadi. Semoga majlis  kita  pada pagi yang indah ini memperoleh keberkatan daripada Nya
.
 
Protokol
 
·        Yang Berusaha Pn. Hajah Latifah Binti Hj. Mustakim, Pengetua SMK Arshad Kota Belud.
·        En. Pauze Bin Abd. Majid, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,
·        En. Ashmir Bin Abd. Raus , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
·        En. Mohd. Iskandarzukernain Bin Mohd. Yahya, Pen. Kanan kokurikulum
·        Cik Haini Binti Mustal, Penolong Kanan Ting Enam.
·        En Paul Gindong (Pen. Kanan Pend. Khas)
·        Ketua-Ketua Bidang
·        Guru-Guru Kelas tingkatan 4, Guru-guru, dan seterusnya  para pelajar ting. empat  yang dikasihi sekalian.
 
Kata alu-aluan
 
Tuan2 dan puan2
 
PADI SEGEMAL KEPUK DIHULU
SIRIH DIHILIR MERAKAP JUNJUNGAN
KEPALANG DUDUK MENUNTUT ILMU
PASIR SEBUTIR JADIKAN INTAN
 
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini  iaitu Majlis Minggu Haluan Pelajar pelajar  Tingkatan 4 tahun 2013.
 
 
Ucapan Pengetua SMARD
ASAM KELUMBI ASAM KELAT
DIMAKAN BERSAMA ORG TUA
TAK SEMPURNA TANPA AMANAT
AMANAT BICARA PUAN PENGETUA
 
Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajjah Latifah Hj. Mustakim, Pengetua SMK Arshad Kota Belud untuk menyampaikan ucapan beliau.
 
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
 
 
 
[UCAPAN PENGETUA SEDANG BERLANGSUNG]
 
 
 
Tamat Ucapan
 
Tuan2 dan Puan2,
 
Demikianlah tadi ucapan alu aluan daripada  yang Berusaha  Pn. Hajjah Latifah Hj. Mustakim, Pengetua SMK Arshad Kota Belud.
 
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
 
Sesi Diskusi
Baiklah tuan2 dan puan2,
 
Majlis DISKUSI seterusnya saya  akan serahkan kepada ENCIK ABDUL ADZID  BIN HAJI ABDUL HAMID.
 
JIKA TERTEMBAK SIKALIS PELURU
SELAMAT ORANG MEMAKAINYA
JIKA TERSEREMPAK MAJLIS ILMU
SELAMAT DATANG  KE TAMAN SYURGA.
 
 
SEKIAN TERIMA KASIH.