Assalamualaikum dan salam perpaduan semua...
Hari ini aku mencoret sedikit tentang perjalanan pada bulan Mei. Setiap tahun, aku teruja dengan bulan Mei. Apa tidaknya, pada Bulan Mei , aku akan menyambut hari kelahiran. Pada bulan ini juga aku diraih sebagai seorangg ibu dan guru. Paling utama aku sangat teruja dengan sambutan hari guru. Siapa lagi yang patut meraihkan Hari Guru ini kalau bukan kita guru...kan....Selamat Hari Guru kepada semua sahabat yang bergelar guru sama ada secara langsung ataupun tidak langsung...
Setiap sekolah mempunyai gaya sendiri cara menyambutnya. Ada yang sangat meriah, sederhana dan ada yang mungkin asal ada saja sambutan untuk membaca perutusan...tapi kes sebegini mungkin dalam kuantiti yang sedikit la...yang majoritinya mesti menyambutnya secara meriah. Kemeriahan itu mungkin dari segi aktiviti yang dirancang sempena sambutan hari guru. Antaranya, Jamuan makan setiap kelas, Sukaneka antara guru-guru. Masa inilah guru-guru sangat seronok kerana merekalah yang diraihkan dan para pelajar pun seronok melihat gelagat guru-guru mereka.Sekali sekala melihat guru-guru beraksi lucu dalam sukaneka...seronok. Terbayang pula satu persatu wajah sahabatku yang bergelar guru dengan pelbagai gelagat apabila terlibat dalam aktiviti sukaneka....
Bercakap tentang jamuan guru pula sememangnya sesuatu yang indah untuk aku bayangkan. Apa tidaknya, masa inilah aku dan para sahabat guru wanita yang kaki bergaya memikirkan pakaian yang hendak dilaram dalam jamuan makan (selalunya jamuan tu...kan waktu malam..).Sibuklah mencari baju baru dan cantik-cantik untuk dipakai. Kadang-kadang sebulan sebelum sambutan sahabat-sahabat guru wanita dah merancang membeli baju cantik....cantik dalam citarasa masing-masing le...Yalah...inilah masanya melaram sebab Hari Guru untuk kita Guru...siapa lagi yang memeriahkannya jikalau bukan kita yang bergelar guru.
Seperkara lagi yang membuatkan aku teruja dalam sambutan Hari guru ialah nyanyian koir oleh guru-guru. Pada masa inilah aku dan sahabat-sahabat seangkatan akan menyanyi dengan sekuat hati. Aku rasa sumbang pun ada juga... Tetapi itu bukan dipedulikan sangat, yang penting keseronokan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia....Dalam bab menyanyi koir ni, terbayang wajah kak Siti Zarah, Nita, Sylvia, Noridayu dll yang sangat sporting "menyumbang" kan suara...yalah siapa lagi menyanyi kalau bukan kita guru...
Ringkasnya bulan Mei bulan keseronokan aku guru dan sahabat-sahabatku yang bergelar guru...
juga bagi yang bergelar ibu...
Selamat menyambut Hari Guru semua....
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam perpaduan... Selamat datang ke blog saya risyia.blogspot.com. Blog ini saya reka semata-mata nak kongsi ilmu-ilmu yang ada dengan semua pengunjung sama ada yang saya kenal mahupun tidak...semoga perkara yang dipaparkan dalam blog ini memberikan sedikit sebanyak makna dan manfaat kepada kita semua...sila..sila berkunjung ke blog saya...
Rabu, 1 Mei 2013
RANGKA LATIHAN ESEI PENGAJIAN AM
Rangka Penulisan – Pengajian Am ( penulisan esei)
Soalan : Kes-kes pembuangan bayi masih lagi berlarutan
dilaporkan berlaku di negara ini. Bincangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan
tersebut, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Terlebih dahulu tentukan:
1.
Apakah isu soalan : ........................................................................................................
2.
Apakah Fokus soalan:...........................................................................................................................
3.
Kombinasi idea
:...........................................................................................................
Pendahuluan : .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
PERENGGAN ISI (IDEA)
No
|
Idea
|
Huraian
|
|
|
Sebab berlaku:
|
|
|
1
|
Kurangnya
pendidikan agama dan pendidikan moral.
|
I
|
|
M
|
|
||
M
|
|
||
K
|
|
||
2
|
Pergaulan
bebas daripada pengaruh budaya Barat.
|
I
|
|
M
|
|
||
M
|
|
||
K
|
|
||
|
Langkah-langkah:
|
|
|
3
|
Peranan
ibu bapa sebagai pelindung kepada anak-anak.
|
I
|
|
M
|
|
||
M
|
|
||
K
|
|
||
4
|
Pendidikan
dan amalan agama yang berterusan sejak kecil lagi.
|
I
|
|
M
|
|
||
M
|
|
||
K
|
|
||
5
|
Peranan
media massa.
|
I
|
|
M
|
|
||
M
|
|
||
K
|
|
Kesimpulan
Kesimpulannya,
(isu apa)…………………………………………………………… mesti (di apaÃ
cadangan)…………………………………………………………………………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Hal
ini disebabkan,……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………(kesanà harapan).
2 Aktiviti pengklonan manusia oleh
segolongan saintis adalah perbuatan yang tidak beretika kerana melakukan
penciptaan manusia yang mempunyai kod genetic yang lengkap dengan manusia
induknya. Perbuatan ini turut mendapat tentangan daripada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, Parlimen Eropah, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Bincangkan kesan-kesan tindakan segolongan saintis untuk mengklonkan manusia.
Intro
:
........................................................................................................................................................................................................................................................
Bil
|
Idea
|
Huraian
|
1
|
KESAN BAIK
|
|
Membantu manusia memperolehi
zuriat.
|
||
2
|
Meningkatkan kesihatan
manusia.
|
|
3
|
KESAN BURUK
|
|
Aktiviti pengklonan
disalahgunakan.
|
||
4
|
Runtuhnya institusi
perkahwinan.
|
|
Kesimpulan ;
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
3 Penggunaan herba adalah penting kepada kehidupan manusia
dan langkah-langkah untuk mengembangkannya perlu dilaksanakan dengan segera.
Bincangkan pernyataan di atas.
Bil
|
Idea
|
Huraian
|
1
|
Kepentingan herba:
Ubat-ubatan
|
|
2
|
Meningkatkan tenaga
|
|
3
|
Makanan tambahan
|
|
4
|
Pembentukan fizikal badan
|
|
|
Langkah-langkah:
|
|
5
|
Pemeliharaan hutan
|
|
6
|
Penggunaan teknologi moden
|
|
7
|
Penyelidikan dan pembangunan
|
|
Kesimpulan ...........................................................................................................
Langgan:
Catatan (Atom)