RESEPI

KEK COKLAT

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada kawan-kawan pengunjung blog saya. Hari ini saya akan berkongsi resepi kek coklat basah. Kek coklat ini istimewa bagi saya kerana anak-anak saya sangat menggemari kek ini. Termasuklah suami saya. Dalam sebulan, saya pasti akan membuat kek ini anak-anak saya...resepi ini pun saya ambil dari internet www.myresipi.com. Lagipun kos membuat kek ini adalah murah. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:

BAHAN-BAHAN:

2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan serbuk coklat
3/4 Cawan Gula
3/4 Cawan susu pekat manis
3/4 Cawan minyak masak
3 biji telur
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh vanilla
1/2 papan coklat masakan
50g butter (1/4 butter)
1/2 Cawan air suam
Sedikit coklat beras (sebagai hiasan)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Telur + gula+ vanila= pukul.
2. Tepung + serbuk coklat + baking powder + soda bikarbonat = Ayak bersama.
3. Masukan item no  2 ke dalam  item no 1, kemudian gaulkan hingga sebati (jangan guna mixer, hanya gunakan kaedah kaup balik).
4.Selepas itu, masukkan pula air suam, susu dan minyak satu persatu sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan dalam acuan ( sediakan / panaskan oven terlebih dahulu selama 5 minit), kemudian masukkan  kek yang sudah ada dalam acuan tadi dengan tahap kepanasan 170 darjah celcius dengan masa 45 minit. atau pandai-pandai koranglah tambah-tambah kepanasannya. Yang penting masak. Kalau saya sehingga 1 jam le saya bakar dalam oven tu...

CARA-CARA MEMBUAT TOPING:

3-5 sudu susu pekat manis
1/2 papan coklat masakan
50g butter

* Campurkan semua bahan di atas dan panaskan secara double boiler sehinga sebati dan agak berkilat.
* Kemudian coklat masakan itu siram ke  atas kek yang sudah masak tadi dan selepas ituu taburlah coklat chips  ke atasnya. (banyak mana, ikut suka hati korang....kalau nak hias lain-lain pun bole...)

Selamat mencuba ya kawan-kawan...



CONTOH KEK COKLAT BASAH YANG SAYA BUAT





RESEPI ROTI JALA

Saya kongsikan pula di sini resepi roti jala. Sesuai dimakan besama-sama anak-anak dan suami pada hujung minggu terutamanya ketika bersarapan. Kalau nak buat, cubalah...

Bahan-bahan :
2 Cawan tepung gandum
1 Paket serbuk santan kelapa
2 biji telur
secubit rasa garam
sedikit serbut kunyit (sebagai pewarna kuning)
Air suam secukupnya. (agak-agak je...)

Cara-cara :
1.Pukul telur + garam + kunyit + tepung + santan + air suam = kacau semua bahan sehingga agak cair dan boleh keluar dari lubang-lubang acuan roti jala....

2. Lepas tu buat le ayam kari sebagai pelengkap makan roti jala...Roti Jala makan dengan susu pekat manis pun best... sedap...



                                              Roti Jala yang saya buat untuk anak-anak...



                                                                   Acuan Roti Jala






Tiada ulasan:

Catat Ulasan