PETUA

MASKER KOLAGEN RUMPAI  LAUT

Assalamualaikum...
Sebenarnya senang je sediakan masker kolagen rumpai laut ni. Kepada kawan-kawan yang nak kulit wajah yang licin, gebu dan putih...bolehlah mencuba kolagen rumpai laut ni. Kos pun agak murah juga. Kesannya pun mujarab juga. Mujarab jikalau dilakukan secara konsisten le. Kalu kejap-kejap tak pakai...Tak pakainya lebih kerap daripada pakai..hasilnya memang le mengecewakan. Paling tidak pun, hasil pemakaian akan jeas kelihatan dalam tempoh sebulan hingga 3 bulan.

Di sini saya nak kongsi le tentang penyediaan masker kolagen rumpai laut tu:

1. Rumpai laut tu terlebih dahulu rendam selama 2 hari. Dalam tempoh 2 hari tu, keraplah menukar air rendamannya. Tujuannya agar bau hanyir itu kurang.

2. Selepas 2 hari, rumpai laut itu rebus sehingga cair seperti kita masak agar-agar tu.

3. Selepas menjadi cair, tapi cecair rumpai laut itu agar menjadi halus ( boleh juga perah sedikit limau kasturi agar hilang bau hanyirnya).

4. Kemudian simpanlah cecair dalam mana-mana bekas kesukaan dan simpan dalam peti ais.

5. Jikalau anda nak pakai masker, pakailah dalam sesudu sahaja dan hancurkan kemudian sapukan  di seluruh muka.

6. Sebenarnya, cecair kolagen rumpai laut ini boleh juga dimakan. Ambik 2 sudu besar , makan begitu sahaja pun boleh atau campurkan ia ke dalam jus oren kah atau apa-apakah dan diminum..ataupun campur buat puding pun boleh...(Kolagen rumpai laut ni banyak khasiat. Antaranya Awet muda, dan kesihatan dalaman wanita).


Itu je...Nanti saya kongsikan khasiat rumpai laut ye...

PROSES MEREBUS


                                                           SETELAH DIREBUS

                                                       SETELAH DIBUAT PUDING


Tiada ulasan:

Catat Ulasan