Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini aku mencoret sedikit kisah perjalanan. subuh tadi aku menerima sms daripada adikku yang antara kandungan sms itu menyatakan bahawa seorang guru yang pernah aku kenali dan pernah mengajar satu sekolah denganku telah meninggal dunia. Sebabnya ialah, rakan itu menghidap kanser. Terbit perasaan terkesima dan sedih juga dalam hati kecil ku...yalah, guru tersebut pernah bekerjasama dengan aku semasa menjalankan aktiviti sekolah. Dan paling utama, guru berkenaan pernah mengajar subjek sejarah tingkatan 6 bawah di SMK SUAI, NIAH, SARAWAK...pada sekitar tahun 2010.
Rakan itu seorang yang berdisiplin tinggi dan seorang yang ringan tulang.Di samping beridealistik juga, dan menyenangkan. Pada pengamatanku, selama ini yang aku kenal, beliau merupakan seorang yang sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom sakit. Mungkin pada zahirnya, dan dalaman dia sahaja yang mengetahuinya.
Hakikat hidup telah juga dinyatakan bahawa, ada kehidupan pasti akan ada kematian. Itu hakikat yang tidak boleh kita nafikan. Kita juga tidak boleh mengelakkannya dengan berlari ke mana-mana pun kita mampu mampu pergi...
Sememangnya setiap kematian tidak pernah memberitahu kita ataupun sesiapa pun di dunia ini. Maka itu, setiap antara kita yang masih hidup ini, harus mensyukuri setiap yang kita kecapi dalam kehidupan ini. Perjalanan hidup ini harus dinikmati sama ada pahit mahupun kebahagian. Dalam masa yang sama, kita juga mesti sentiasa beramal ibadat kepada yang Satu itu. Yalah...sebagai bekalan kita ke alam akhirat kelak...
hidup nikmati...namun jangan lupa beribadah kerana kematian tidak memberitahu kita...